Hari Anugerah Kokurikulum, Keusahawanan dan Minggu Teknik & Vokasional akan diadakan pada hari Sabtu 29 Oktober 2011 mulai jam 8.30 pagi hingga 2.40 petang. Terdapat gerai jualan, pameran dalaman / luaran, pemeriksaan kesihatan percuma, rumah hantu dan juga cabutan bertuah untuk peserta yang bertuah. Kunjunglah beramai ramai dan dapatkan kupon RM 10.00. Berbelanja sambil menderma.
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 2011
Perbarisan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan & Padang SMK Kubang Rotan bagi Tahun 2011 dilaksanakan pada 27 Jun 2011 (Isnin) dengan jayanya. Acara Pembukaan bermual jam 3.00 ptg disempurnakan oleh Tuan PPD Kota Setar.