HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMKKR

Hari Anugerah Kokurikulum, Keusahawanan dan Minggu Teknik & Vokasional akan diadakan pada hari Sabtu 29 Oktober 2011 mulai jam 8.30 pagi hingga 2.40 petang. Terdapat gerai jualan, pameran dalaman / luaran, pemeriksaan kesihatan percuma, rumah hantu dan juga cabutan bertuah untuk peserta yang bertuah. Kunjunglah beramai ramai dan dapatkan kupon RM 10.00. Berbelanja sambil menderma.

SALAM PERPISAHAN PENGETUA SMKKR EN ZAINOL ISMAIL

En Zainol b Ismail menerima penghormatan terakhir
En Zainol b Ismail pengetua SMKKR yang tamat perkhidmatannya pada 12 Julai 2011 yang lalu. Beliau seorang pengetua yang banyak berjasa kepada sekolah dan warga sekolah. Persaraan beliau suatu kehilangan yang besar dalam dunia pendidikan. Semoga beliau terus memberi sumbangan dalam dunia pendidikan. Terima kasih Pak Non.