HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMKKR

Hari Anugerah Kokurikulum, Keusahawanan dan Minggu Teknik & Vokasional akan diadakan pada hari Sabtu 29 Oktober 2011 mulai jam 8.30 pagi hingga 2.40 petang. Terdapat gerai jualan, pameran dalaman / luaran, pemeriksaan kesihatan percuma, rumah hantu dan juga cabutan bertuah untuk peserta yang bertuah. Kunjunglah beramai ramai dan dapatkan kupon RM 10.00. Berbelanja sambil menderma.

PENERIMA ANUGERAH MENERIMA SIJIL PENGHARAGAAN

Tahniah dan Syabas
Sebahagian daripada penerima anugerah menerima sijil penghargaan daripada Penolong PPD Kota Setar dan disaksikan oleh Pengetua SMKKR. Semoga penerima anugerah bersyukur dan terus berusaha dengan lebih gigih dalam bidang kokurikulum. Tahniah dan Syabas kepada semua. 

PAMERAN SENI BERTARAF INTERNATIONAL

Pameran Seni Internatinal
Bilik Pameran Seni yang diubahsuai dan dihias dengan penuh kesenian menarik perhatian warga SMKKR dan juga pengunjung. Hasil kerja seni pelajar diberi penghargaan dan dipamerkan kepada umum bagi menjanakan lagi minat dan kesungguhan pelajar. Tahniah Ckgu Pendidikan Seni....... Cikgu Nor Akbar b Ismail.

GERAI-GERAI JUALAN BEROPERASI

Hari Anugerah Kokurikulum juga diadakan Hari Keusahawanan dengan memberi peluang kepada kelab dan persatuan mencari pengalaman dalam bidang perniagaan. Alhamdulillah kopun-kopun dapat dijual dengan begitu laris dan jualan juga berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua guru.

TERIMA KASIH PENOLONG PPD KOTA SETAR

29 Oktober 2011 (Sabtu), Perasmian Hari Anugerah Kokurikulum SMKKR tahun 2011 disempurnakan oleh wakil,PPD Kota Setar, En Harizan Penolong PPD Kota Setar. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

RAPTAI PENERIMA HADIAH HARI ANUGERAH KOKURIKULUM

En Ainullah dan Pn Intan bersama penerima anugerah
Penerima anugerah menjalani raptai menerima hadiah dengan bimbingan guru-guru yang berkalibar dan berpengalaman. Raptai diadakan bagi memastikan penerima hadiah memahami tatacara menerima hadiah yang sebenarnya.

PERSIAPAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM

Tn Hj Radzuan Azizan bersama pelajarnya
Bendera dan banting turut dikibarkan bagi memeriahkan lagi hari anugerah kokurikulum yang akan diadakan. Komitmen para guru dan pelajar yang ikhlas melaksanakan tugas seharusnya dihargai dan dihormati.

PERSIAPAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2011

Lintas Hormat - Cikgu Ainullah
Terima Kasih kepada semua warga SMKKR yang bertungkus lumus terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam membuat persiapan hari anugerah kokurikulum yang akan diadakan pada 29 Oktober 2011 (Sabtu) akan datang. Mudah-mudahan usaha dan sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya. Terima Kasih Cikgu Ainullah.....!

BACAAN YASIN MINGGUAN


Bacaan Yasin Khamis 27 Oktober 2011

Khamis 27 Oktober 2011 jam 7.40 - 8.20 Bacaan Yasin Mingguan diadakan seperti biasa dengan harapan semua warga pelajar mendapat kejayaan di  dunia dan di  akhirat. Semua guru dan pelajar berkumpul di dalam dewan sekolah bagi meraikan majlis yang mulia ini

PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN PERDANA 2011

Tn Hj Azmi b Bakar
YDP PIBG SMK Kubang Rotan
Perasmian Penutup Perkhemahan disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kubang Rotan Tuan Hj Azmi bin Bakar pada jam 10.30 pagi dan dihadiri bersama Tuan Pengetua En. Sharif b Bahari.

PERKHEMAHAN PERDANA 2011


Hari Terahir Perkhemahan

Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah 2011 diadakan pada 15-17 September 2011 di Perkarangan SMK Kubang Rotan. Seramai 120 orang peserta (60 lelaki dan 60 perempuan)  dari tingkatan 2,4 dan 5 daripada 5 unit uniform telah menyertai perkhemahan ini.  Program tahunan ini berjalan dengan jayanya.

PERHIMPUNAN KOKURUKULUM 2011

Perhimpunan Kokurikulum 2011
Perhimpunan Kokurikulum sekolah diadakan setiap hari Selasa jam 7.30 pagi hingga 8.20 pagi. Setiap unit uniform memakai pakaian seragam masing-masing dan mengendalikan majlis perhimpunan mengikut jadual yang ditetapkan.

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 2011

Perbarisan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan & Padang SMK Kubang Rotan bagi Tahun 2011 dilaksanakan pada 27 Jun 2011 (Isnin) dengan jayanya. Acara Pembukaan bermual jam 3.00 ptg disempurnakan oleh Tuan PPD Kota Setar.

SUKANTARA 2011

Sukantara  2011
Sukantara 2011 diadakan pada 16 Jun 2011 (khamis) dengan beberapa acara seperti 100 meter L1 & P2. Semua Rumah sukan sekolah telah mengambil bahagian dengan penuh aktif dan proaktif.

LATIHAN RUMAH SUKAN 2011

Latihan Rumah Sukan
Latihan Rumah Sukan diadakan mengikut jadual yang ditetapkan sejak bulan Januari 2011 hingga 15 Jun 2011. Sejumlah 690 pelajar dibahagikan dalam rumah sukan Aman, Damai, Sentosa dan Harmoni telah hadir menjalani latihan rumah sukan dengan memuaskan.

TADARUS AL-QURAN ZON DAERAH KOTA SETAR

Kumpulan Nasyid SMK  Kubang Rotan
Tadarus Al-Quran Peringkat Kumpulan 2 Daerah Kota Setar 2011 diadakan pada 03 April 2011 di SMK Kubang Rotan. Sebanyak 9 buah sekolah telah menyertai tadarus pada kali ini. Antara acara yang diuji ialah Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Syarahan, dan Nasyid.

SALAM PERPISAHAN PENGETUA SMKKR EN ZAINOL ISMAIL

En Zainol b Ismail menerima penghormatan terakhir
En Zainol b Ismail pengetua SMKKR yang tamat perkhidmatannya pada 12 Julai 2011 yang lalu. Beliau seorang pengetua yang banyak berjasa kepada sekolah dan warga sekolah. Persaraan beliau suatu kehilangan yang besar dalam dunia pendidikan. Semoga beliau terus memberi sumbangan dalam dunia pendidikan. Terima kasih Pak Non.

PROGRAM GOTONG ROYONG LESTARI PERDANA

Gotong Royong Anjung Prima
Gotong Lestari Perdana diadakan pada 15 April 2011 (Jumaat) dengan kerjasama siswa siswi pelajar Politeknik Jitra dengan membina pondok lestari, Anjung Prima, Taman Herba dan Kehijauan sekolah.

CERAMAH PERDANA BAKTI SISWA POLITEKNIK JITRA

Ceramah Perdana
Ceramah Perdana Bakti Siswa Politeknik Jitra diadakan pada 15 April 2011 dengan menjemput 3 orang panel penceramah terkemuka di negeri Kedah iaitu Tuan Sheikh Abdullah Awang Sa dan Ustzah Nazrah bt Yusuf

SELAMAT DATANG KE BLOG KOKURIKULUM SMK KUBANG ROTAN KEADAH